Tahap Memilih Maklumat adalah 86/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 77/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 79/100
Panduan Strategi Metakognitif
Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:
www.cahtma.com/ metaku/index64. html
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.
Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 Sept 08).
Saya juga menghantar kepada email saudara/i borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 Sept.
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr.Saemah RahmanPanduan Proses Kajian - Mencari, Memilih dan Menilai
Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.
Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut:
"Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08."
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman