Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, September 21, 2008

Tindakan yang diambil

1. Melawat laman metaku di alamat=> http://www.cahtma.com/metaku/index64.html

2. Ikut panduan yang telah digariskan dalam laman web tersebut

3. Membuat analisis kendiri dengan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan mengikut bab-bab tertentu.
4. Mengemukakan keputusan penilaian dan diuploadkan ke group ilmiah 2008.

Tahap Mencari Maklumat adalah 98/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 86/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 77/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 79/100

PANDUAN 4 : STRATEGI METAKOGNITIF

Panduan Strategi Metakognitif

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 Sept 08).

Saya juga menghantar kepada email saudara/i borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 Sept.

Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr.Saemah Rahman

Membina blog yang di sarankan (4)

Blog yang dibangunkan selepas mendapat panduan ini ialah seperti di bawah

1. Blog peribadi
http://ilmiah08fadhil.blogspot.com

2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah
http://peringatanbuatdiriku.blogspot.com/

3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk
http://pergantungan.blogspot.com

4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran
http://laman-keinsafan.blogspot.com

Thursday, September 18, 2008

PANDUAN 3 : PROSES KAJIAN - MENCARI, MEMILIH DAN MENILAI

Panduan Proses Kajian - Mencari, Memilih dan Menilai

Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 3 blog yang berasingan.

  1. Blog peribadi/personal (optional)
  2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Jangan terlalu menekankan soal estetika atau kosmetik blog pada ketika ini kerana tugas yang penting dan kritikal pada saat ini ialah seperti berikut:

  1. Tugas anda pada ketika ini untuk membaca, mengetahui, memahami dan mengaplikasikan pengetahuan tentang pemikiran kritikal melalui artikel yang telah diupload.
  2. Mencari, memilih dan menilai laman-laman web berdasarkan kriteria standard pemikiran.
  3. Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
  4. Anda perlu menganalisis dan menilai kandungan laman-laman web berkenaan berdasarkan standard pemikiran. Buat table/jadual untuk memudahkan anda membuat statistik deskriptif dari segi peratus laman web yang ada telah cari, pilih dan nilai yang memenuhi kriteria.
  5. Anda juga perlu membuat ulasan ringkas kandungan berdasarkan kriteria penilaian berasaskan standard pemikiran.
  6. Semasa proses ini dijalankan anda boleh create satu blog yang khusus dengan menyenaraikan laman-laman web berkenaan serta ulasan. Kerana anda akan membuat pautan kepada blog berkenaan dari blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda. (Ini yang dikatakan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk anda).
  7. Semasa anda menganalisis kandungan laman-laman web yang dikemukakan oleh penulis lain, anda juga perlu mengambil iktibar dari kelemahan-kelemahan laman-laman web berkenaan supaya semasa anda membangunkan blog tentang tajuk anda ia tidak diulangi. Ia juga menjadi catatan dalam blog latihan ilmiah sebagai refleksi.

"Proses ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh hari ini. Saya harap semasa perjumpaan minggu depan anda telah telah melalui proses ini dan jika ada masalah kami (Dr Saemah dan saya) akan jelaskan pada perjumpaan khamis depan 11 sept 08."

Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman

Rujuk laman blog lain

Sealain dari membina tapak blog, saya juga merujuk beberapa laman blog lain sebagai penambahbaikan kepada laman blog yang saya bangunkan.

Tujuan rujukan ini adalah untuk menilai kekreatifan blogger dalam menampilkan bahan atau ilmu yang di paparkan. Melalui rujukan ini, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang cara untuk menarik perhatian pengunjung untuk melawat blog saya. Moga http://laman-keinsafan.blogspot.com akan menjadi salah satu laman interaktif sebagai rujukan untuk P & P.

Friday, September 12, 2008

Tidakan lanjut

Setelah mendapat panduan ini, antara perkara pertama yang saya lakukan ialah mewujud atau membina satu laman blog sendiri sebagai tapak untuk Latihan ilmiah ini.

Blog pertama yang dibangunkan untuk projek ini (sekadar termampu)

PANDUAN 2 : PROSES KAJIAN

  1. Kajian anda adalah berkaitan dengan pengintegrasian sumber maklumat laman web dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
  2. Blog digunakan untuk anda memaparkan sumber-sumber maklumat yang telah anda cari, pilih, nilai dan akan gunakan dalam tajuk-tajuk yang anda.
  3. Blog juga digunakan sebagai medan untuk anda menggunakan sebagai sokongan kepada pengajaran dan pembelajaran tajuk berkenaan.
  4. Untuk itu dalam proses pembangunan blog ini, ianya perlu melalui langkah-langkah berikut:
    1. Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran)
    2. Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka (blog boleh dipelbagaikan user interface - contoh blog yang Fadhil sesuai untuk dijadikan interface - tetapi saya tak mahu sama. Anda boleh create beberapa blog dan membuat pautan antara blog, yang penting isi kandungan blog dipaparkan sesuai dengan tajuk kajian anda. Anda perlu buat blog tentang proses anda melaksanakan kajian - refleksi metakognitif anda melakukan kajian - termasuk nanti semasa anda mencari maklumat. Dalam hal ini anda perlu mempelajari kemahiran membuat blog.
    3. Menyebarkan blog anda pada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah ini untuk mendapat maklum balas. Sila letakkan dalam menu links alamat blog masing-masing agar saya dan Dr Saemah dapat memantau kemajuan anda. Anda juga perlu dapatkan pengguna iaitu murid-murid sekolah sebenar untuk menilai kandungan pembelajaran dalam blog anda. Dalam hal ini, anda boleh mendapatkan anak-anak kakitangan UKM. Kita boleh buat special day - jika perlu. Dalam bulan puasa ini anda boleh arrange anak-anak yatim Darul Izzah dan anak-anak kakitangan keselamatan contohnya untuk dibawa ke makmal komputer - sambil belajar kandungan blog anda. Saya harap pelajar dapat arrange pertemuan ini. Boleh buat hari Ahad. Kalau program ke Kemboja anda boleh arrange, inikan pula program berskala kecil ini. Anda boleh gunakan kedua-dua makmal. Seorang pelajar boleh membawa 4-5 murid untuk guna komputer. Anda boleh aturkan proses pengujian dan penilaian ini. Dengan itu, disamping anda memantapkan kajian anda, murid sekolah juga dapat memanfaatkan kajian anda, anda juga boleh buat program tambahan - iaitu mengajar murid membina blog sendiri.
    4. Setelah mendapat maklum balas dari pelajar, anda boleh memperbaiki blog anda.
    5. Dalam proses menyiapkan menyiapkan blog kajian, anda perlu menyiapkan laporan dan uploadkan dalam folder masing-masing dalam group ini agar kami dapat memantau kajian anda.
    6. Sila ikut arahan kami dari masa ke semasa.
    7. Sekarang anda perlu melipat gandakan usaha.
    8. Saya dapati tidak ramai yang aktif dalam group ini.
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman (4 Ogos 2008)

Tindakan Susulan

Setelah mendapat panduan daripada penyelia, maka saya dan beberapa orang rakan yaang seangkatan (rakan blogger ilmiah'08) berbincang dan merancang beberapa starategi dan pendekatan yang harus diambil. Kami senang untuk berbincang kerana berada di rumah sewa yang sama. Kadang-kadang kami sembang tentang perkara ini semasa bersama-sama memasak di dapur, di meja makan, selepas solat berjemaah dan sebagainya.

Perbincangan di meja makan (sambil buat RPH)

Kami juga ada menemubual beberapa orang guru (terutamanya Ustaz dan Ustazah) bagi mendapatkan respond mereka berkenaan dengan tajuk kajian yang kamil lakukan ini. Rata-rata keputusan yang kami dapati, mereka lebih cenderong menggunakan pendekatan calk & talk. Ada la segelintir yang cuba mengintegrasikan penggunaan IT, itu pun sekadar menggunakan Power Point sahaja belum lagi melibatkan pengintegrasian dengan laman web.

Sembang ilmiah bersama guru-guru SMK Tun Mutahir

PANDUAN 1 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian

1. Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

3. Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.

4. Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti:

1. Komputer Dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
2. Psikologi Pendidikan;
3. Teknologi Pendidikan;
4. Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al-Quran;
5. Pengukuran Penilaian;
6. Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr Saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini)

Tajuk Latihan Ilmiah:

PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman

TAJUK LATIHAN ILMIAH

Salam Ikhlas Penyeri Ukhuwah.

Tajuk latihan ilmiah atau tesis yang telah dipilih ialah 'Tuntutan Taubat' berdasarkan sukatan pembelajaran buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat.

"PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNTUTAN TAUBAT"

'Tuntutan taubat' merupakan salah satu topik bahagian ibadat yang terkandung di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat. Antara intipati tajuk ini ialah:
1)
2)
3)
4)

Saya mengharapkan sedikit usaha yang saya garapkan ini dapat menbantu para sahabat pendidik dalam mengintegrasikan penggunaan laman web dalam proses P&P dan juga dapat membantu pelajar-pelajar dalam mencari input yang berguna di alam maya.