Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 28, 2008

Arahan Terakhir

Setelah tamat sesi pembentangan, penyelia mengarahkan kepada kami semua untuk menilai dan memberi komen kepada laman blog yang telah dibangunkan oleh rakan ilmiah sekalian.

Tujuannya adalah untuk menilai dan penambahbaikan kepada laman yang telah dibangunkan. Kritikian membina sangat dialu-alukan bagi memastikan laman blog yang dibangunkan menepati kriteria standard pemikiran yang digariskan.

Pembentangan Hasil Kerja - Latihan Ilmiah 2008 - Sesi Kedua


Pada hari ini seramai 13 orang rakan ilmiah akan membentangkan hasil tugasan mereka. Mereka agak beruntung kerana mempunyai masa yang agak panjang untuk menyiapkan laporan. Alhamdulillah, Proses pembentangan pada hari ini berjalan dengan baik.

Beberapa saranan dan cadangan dikemukakan oleh penyelia agar group ilmiah ini terus bersama dan menghasilkan lebih banyak laman P&P yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat umum terutamanya kepada para pendidik.

Mengemaskini Laporan Bertulis

Selepas sesi pembentangan, kini tiba proses untuk mengemaskini laporan bertulis bagi latihan ilmiah ini. Komen dan kritikan yang diberikan oleh penyelia dan rakan ilmiah dijadikan sebagai kayu ukur dan panduan dalam mengemaskini laporan ilmiah ini.

Alhamdulillah, proses pengemaskiniaan laporan ini dapat dijalankan dengan baik. Saya merujuk beberapa orang sahabat dalam proses ini. Pandangan daripada para saya perhalusi dan saya aplikasikan dalam laporan yang saya buat ini.

Saya mengharapkan, laporan yang telah dikemaskini ini tidak mengulangi kesalahan yang telah dikomen oleh penyelia.

Pembentangan Hasil Kerja - Latihan Ilmiah 2008

Masa yang ditunggu tiba kini. Siri pembentangan hasil kerja Latihan Ilmiah 2008. Pengintegrasian Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran.

Setelah kesemua 21 orang rakan ilmiah berkumpul di makmal satu Fakulti Pendidikan maka Dr. Hajjah Siti Fatimah mengarahkan supaya proses pembentangan dimulakan. Nama yang pertama dipanggil untuk memulakan sesi pembentangan ialah nama saya Mohd Fadhil bin Mohd Hasbi Tan. Dengan persediaan yang telah dilakukan, berbekalkan semangat yang belum hilang ini, saya melangkah kehadapan makmal dan memulakan pembentangan hasil kerja saya.

Selesai sesi pembentangan yang dilakukan oleh saya, Dr. Hajjah Siti Fatimah memberikan komen dan pandangan beliau. Terdapat beberapa perkara yang pelu saya perbaiki dan lengkapkan dalam laporan yang akan dihantar.

Seterusnya, rakan-rakan ilmiah lain pula yang membentangkan hasil kerja mereka. seramai 7 orang rakan ilmiah yang melakukan pembentangan pada hari ini. Selebihnya akan membentangkan hasil kerja mereka pada hari Khamis 28 November 2008.

Proses membuat laporan bertulis


Saat ini merupakan saat yang cukup genting. Laporan bertulis perlu disiapkan dengan segera. Masa yang ada cuma dua hari selepas peperiksaan kertas terakhir pada semeter ini. Panduan yang diuploadkan oleh Dr. Hajjah Siti Fatimah ditenung dan dibaca berulang kali. Saya dan beberapa rakan yang lain berbincang untuk membuat laporan bersama-sama.

Setelah mendapat kata sepakat, seramai lima orang rakan ilmiah telah berkumpul di bilik Saudara Azizul untuk sama-sama menyiapkan laporan bertulis. Melalui perkumpulan ini, kami dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bagi menghasilkan satu laporan yang baik. Kami terpaksa berjaga malam dan membuat giliran tidur.

Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan draf laporan bertulis latiahn ilmiah 2008 yang akan dibentangkan pada 21 November 2008, jam 8.30m pagi.

Terima kasih kepada semua sahabat yang bersama-sama menempuh malam tanpa tidur bagi menyiapkan laporan ini.

FORMAT LAPORAN BERTULIS LATIHAN ILMIAH

TAJUK

Nama pelajar

No pelajar


Pengenalan

{perenggan 1: penggunaan Internet dalam Pendidikan Islam/Pendidikan AlQuran. Disokong dengan satu sumber rujukan – dari kertas kerja seminar/jurnal}

{perenggan 2: kemahiran berfikir dalam pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam/AlQuran. Sumber rujukan dari sukatan pelajaran / buku teks yang digunakan.}.

{Perenggan 3 : perihalkan latar belakang pengajaran dan pembelajaran tajuk yang anda pilih}


Penyataan Masalah

{2-3 perenggan: Kemukakan penerangan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari penilaian anda berdasarkan 9 kriteria standard pemikiran jumlah (nyatakan jumlah) laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda. Buat ulasan/komen dari segi kelemahan sumber maklumat. Dan selepas itu kemukakan maklumat dalam bentuk jadual atau graf


Jadual

9 Kriteria

Peratus

Ulasan keseluruhan

K1 ??



K2 ??



K3 ??



K4 ??



K5 ??



K6 ??



K7 ??



K8 ??



K9 ??



{Nyatakan jika ada laman-laman web yang mempunyai 80 peratus criteria yang dinyatakan dan beri alamat laman web sebagai contoh. }

{1 perenggan – menyatakan tujuan anda – untuk membangunkan laman web blog tentang tajuk anda yang mengambil kira 9 kriteria standard pemikiran}


Proses Pembangungan Web Blog

{1 -2 perenggan perenggan – perihalkan proses anda membangunkan laman web blog yang berkaitan dengan tajuk - tidak termasuk blog peribadi, latihan ilmiah dan penilaian web. }


Dapatan Kajian

Kemukakan dapatan kajian – yang merupakan screen capture (printscreen) web site dengan perenggan penjelasan.

Muka hadapan dan alamat blog tajuk

Kriteria 1:

Terangkan dan kemukakan satu contoh skrin yang mengandungi criteria 1

Kriteria 2:

Terangkan dan Kemukakan satu contoh skrin yang mengandungi criteria 2

Buat sehingga criteria 9


Perbincangan dan Cadangan Pengintegrasian dalam P&P

Jelaskan bagaimana anda boleh mengintegrasikan web blog untuk tajuk anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemukakan set rancangan mengajar pengintegrasian tersebut. Termasuk nama-laman web lain yang boleh dijadikan sumber rujukan


Rumusan

{kemukakan 2-3 perenggan refleksi metakognitif yang anda lalui semasa – menilai laman-laman web berasaskan 9 standard pemikiran; proses pembangunan web blog dan penilaian anda terhadap web blog yang anda bangunkan – anda boleh mendapatkan maklumat ini dari web blog refleksi proses latihan ilmiah anda. Nyatakan peranan anda sebagai guru pelatih dan apakah wawasan anda dalam mengintegrasikan ICT dan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan AlQuran}


Rujukan:

Senaraikan rujukan

Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel/buku.


Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin

Penambahbaikan Blog

Setelah tamat sesi pembentangan awal, saya mengambil tindakan segera untuk melakukan penambahbaikan pada laman blog yang saya bangunkan terutamanya laman P&P. Segala kelemahan yang ada dan komen yang membina daripada penyelia dan rakan-rakan seperjuangan saya perhatikan dan saya mencuba sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Saranan dan pandangan yang baik yang diutarakan oleh rakan ilmiah saya aplikasikan dalam proses penambahbaikan laman blog ini.