Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 28, 2008

Proses membuat laporan bertulis


Saat ini merupakan saat yang cukup genting. Laporan bertulis perlu disiapkan dengan segera. Masa yang ada cuma dua hari selepas peperiksaan kertas terakhir pada semeter ini. Panduan yang diuploadkan oleh Dr. Hajjah Siti Fatimah ditenung dan dibaca berulang kali. Saya dan beberapa rakan yang lain berbincang untuk membuat laporan bersama-sama.

Setelah mendapat kata sepakat, seramai lima orang rakan ilmiah telah berkumpul di bilik Saudara Azizul untuk sama-sama menyiapkan laporan bertulis. Melalui perkumpulan ini, kami dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bagi menghasilkan satu laporan yang baik. Kami terpaksa berjaga malam dan membuat giliran tidur.

Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan draf laporan bertulis latiahn ilmiah 2008 yang akan dibentangkan pada 21 November 2008, jam 8.30m pagi.

Terima kasih kepada semua sahabat yang bersama-sama menempuh malam tanpa tidur bagi menyiapkan laporan ini.

No comments: