Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, November 28, 2008

Pembentangan Hasil Kerja - Latihan Ilmiah 2008

Masa yang ditunggu tiba kini. Siri pembentangan hasil kerja Latihan Ilmiah 2008. Pengintegrasian Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran.

Setelah kesemua 21 orang rakan ilmiah berkumpul di makmal satu Fakulti Pendidikan maka Dr. Hajjah Siti Fatimah mengarahkan supaya proses pembentangan dimulakan. Nama yang pertama dipanggil untuk memulakan sesi pembentangan ialah nama saya Mohd Fadhil bin Mohd Hasbi Tan. Dengan persediaan yang telah dilakukan, berbekalkan semangat yang belum hilang ini, saya melangkah kehadapan makmal dan memulakan pembentangan hasil kerja saya.

Selesai sesi pembentangan yang dilakukan oleh saya, Dr. Hajjah Siti Fatimah memberikan komen dan pandangan beliau. Terdapat beberapa perkara yang pelu saya perbaiki dan lengkapkan dalam laporan yang akan dihantar.

Seterusnya, rakan-rakan ilmiah lain pula yang membentangkan hasil kerja mereka. seramai 7 orang rakan ilmiah yang melakukan pembentangan pada hari ini. Selebihnya akan membentangkan hasil kerja mereka pada hari Khamis 28 November 2008.

No comments: