Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 16, 2008

PERBINCANGAN BERSAMA PENYELIA

Satu perjumpaan bersama penyelia (Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin) telah diaturkan oleh ketua kumpulan (Saudari Suriani Nunurung) pada hari khamis 9 Oktober 2008 yang lepas. Namun, saya tak berkesempatan untuk berjumpa dengan Hajjah pada petang itu kerana terpaksa keluar untuk ke kedai JA Silk Screen untuk mengambil banner yang di tempah (saya telah hadir bersama kawan-kawan yang lain di bilik komputer 1 sebelum itu).

Kerana tidak dapat bersama dengan Hajjah dalam perbincangan pada petang itu, saya mendapatkan maklumat hasil perbincangan petang itu daripada kawan-kawan yang hadir.

Pesanan Hajah..."Apa yang pasti gerak kerja dakwah melalui teknologi maklumat mesti diteruskan walaupun telah menamatkan pengajian di sini"

Antaranya ialah:
1) Menyemai minat dan bakat kemahiran penulisan blog atau laman web dikalangan guru-guru Pendidikan Islam dan al-Quran.
2) Mempunyai sebuah "Masjid Angkat" melalui aktiviti-aktiviti kerohanian dikalangan remaja muslim yang bermasalah dan blog atau laman web masjid yang tersendiri.
3) Dan lain-lain aktiviti yang sesuai untuk dimanfaatkan melalui teknologi maklumat.

InsyaAllah, saya akan manfaatkan segala nasihat dan tunjuk ajar Hajah yang telah dicurahkan selama ini. Terima kasih Hajah...

No comments: